Salam Syawal utk semua!

selamat hari raya Pictures, Images and Photos

Monday, August 31, 2009

BSUIAM Constitution

Salam everyone..

hopefully everybody is in a good spirit sempena bulan ramadhan ani..neways, I'm sure not much people know this but BSUIAM already has a constitution..so apa yang ada dalam constitution ani?everything that relates to our union from the criteria of each member to the tasks of each AJK.The purpose for us to publish this constitution is so that each and every member knows their right and also their responsibilities,so kepada sesiapa yang would like to comment about it di alu2kan semasa AGM nanti

Saturday, August 29, 2009

Announcement : Annual Grand Meeting

Salam BSUiamianss...

Diharapkan semua pljr2 BSU tani di dalam keadaan sihat walafiat d bulan puasa ani...hehe.. So,update hari ani berkenaan annual Grand Meeting BSU..yg akan diadakan pada...

Date: 5hb September, 2009 ( SABTU )
Masa & Agenda : 5.30 ptg Khatam al- Quran
sungkai
Sembahyang Maghrib
Dinner
Sembahyang Isyak & Terawih
Meeting
Venue : Block B-16-7, PV3, Platinum Hill Condo, Taman Melati Utama
Jln Melati Utama..Setapak,53100

Kedatangan pelajar2 seboleh2nya adalah dikehendaki bagi memeriahkn majlis tersebut...
Siapa2 yg nda dpt hadir pada hari atu..Dikehendaki utk menginform kepada Adlan Aziz & Amni Suhailah...

Sekian, Terima Kasih...

Friday, August 28, 2009

Selamat mnyambut ulang tahun Amni Suhailah

Salam BSUiamianss....

Hmm...Lawa haribulan hari ani 28.08.2009...hari special siapakh today...?hehe actually,today is a special n a great day for one of our BSU members..AMNI SUHAILAH....Selamat mnyambut hari lahir yg ke dot dot dot...hehe Semoga d pnjngkn umur n d beri keberkatan hidup...Slmat mnjalani ibadah puasa...HAPPY BDAY TO YOU.....!!Happy2 slalu...njoyy ur special day...'blnja sungkai'hehehe

Slamat mnjalani ibadah puasa...


Happy Birthday


















Wednesday, August 26, 2009

Article of d day...!

Salam...

Update of today..... an interesting world article.. 'KAHWIN ALA FLINSTON' .Hope u guys njoy readin d story...hehe

NORWICH, England

Dua pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan dengan tema zaman batu seperti cerita kartun klasik Flintstones, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pasangan itu, Andrea dan Simon Bean memakai kostum seperti watak Fred dan isterinya, Wilma dalam cerita kartun Flintstones.


Satu lagi pasangan, Richard dan Jill Noble memakai kostum seperti Barney dan Betty Rubble dalam cerita kartun tersebut. Majlis itu diadakan di taman dinosaur di kelab golf Weston Park di sini pada Sabtu lalu.


Seramai 165 tetamu yang hadir turut berpakaian seperti manusia purba.
Simon, 36, dari Hoveton dekat sini berkata: "Gimik majlis ini cukup fantastik dan seluruh tetamu bekerjasama."


Pasangan itu turut meminta tetamu menderma kepada Yayasan Penyakit Hati Kanak-Kanak. Kutipan derma yang berjaya dikutip melebihi £1,200 (RM6,920). - Agensi

Tuesday, August 25, 2009

Pilihan Raya BSU 09/10...

Salam to ol....

Pemilihan AJK baru o9/10 akan d adakn tidak lama lgi...Oleh itu, pihak publisiti n multimedia..ingin kerjasama dari warga BSU utk membuat pilihan sapa2 yg ptut ada d dlm AJK BSU ani...Tpi ani bukan pilihan tatap ah..juz sebgai satu survey utk mliat sapa2 yg layak jdi Ajk...

P/S: Sila berikan cadangan anda/pilihan anda d dalam chat box....Contohnya : Nama (SPACE) jawatan ( jwatan yg anda rasa sesuai utk org yg d pilih)..Anda juga boleh memberi nama bagi stiap jawatan siapa yg sesuai...

Jawatan2 yg d ofer..

1) Presiden
2) Naib presiden
3) Secretariat 1
4) Secretariat 2
6) Welfare 1
7) Welfare 2
8) Publisiti n Multimedia 1
9) Publisit n multimedia 2
10) Sport 1
11) Sport 2

CURRENT AJK

  1. President : Mas Nazirul
  2. Naib President : Ida Priyati
  3. Secretary 1 : Qayuum
  4. Secretary 2 : Yassir
  5. Treasurer : Nor Hafizah Hj Zakir
  6. Welfare 1 : Adlan Aziz
  7. Welfare 2 : Amni Suhailah
  8. Publisiti n Multimedia 1 : Hj Majdey
  9. Publisiti n Multimedia 2 : Nurul Hamizah
  10. Sport 1 : Ak.Hasib
  11. Sport 2 : Qairawani

Nama2 current stud BSU :

Ak.Hasib
Azizi
Hj. Md.Majdey
Mas Nazirul
Hj.Md Yakub
Yusuf
Khairul anuar a.k.a KAI
Khairul Anwar a.k.a KAT
Ak.Hadi
Khairul Hafiz
Amali
Farid
Sham
Atief

Juliana @ Siti Shatirah a.k.a Julie
Nor Hafizah Hj Zakir
Hjh NurHayati
Amni Suhailah
Syazanna
Diana
Siti Khadizah
Ak.Hadi Ida Priyati
NurBismillah
Nurul Hamizah
Nur Qairawani Hasdina a.k.a wani
Saadatul Nazahah a.k.a Ezah
NurHanisah
Dyg.Mariam
Hidayah a.k.a dayah
Noradliatul Hidayah a.k.a adli
Syahadah
Ani Ruzana
Fizah ( new )
G-rah ( new )
Zimah ( new )

P/S : Ada some names yg nada atu adalah urg2 yg graduate dh n yg kn abis ( kn graduate )

Article of the day....

Salam semua..

Juz wanna share an article of day......

Upah gunting rambut Sultan Brunei RM86,497

SULTAN HASSANAL BOLKIAH
LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Times kelmarin.

Baginda menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.

Sultan Brunei merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai £12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16 tahun lalu.
Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London.
Pada setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar sebelum balik ke London.
George Kadi yang bertugas dengan Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).

"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei."
Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).
Kadi berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang tunai.


Sekian.....slmt mnjalani ibadah puasa...

Friday, August 21, 2009

Happy Bday to u Diana....

Salam everyone...

Pastinya..i guess mostly urg2 Bsuiamiansss msani sdg brehat2 after balik smbyg terawih td..slmat menunaikn ibadah puasa hari yg pertama esok..BUT not to forget...Today is a great n a special day for one of urg BSU tani...DIANA..happy bday to u..May Allah owes bless u...happy slalu..d murahi rezqi..d beri kberkatan hidup n slmt mnunaikn ibadah puasa to you...ol d best! HAPPYY BDAYYYY!...

SALAM...Selamat bersahur krg..hehe




Happy Birthday Girl!








Wednesday, August 19, 2009

Ditakhta sebagai Juara



Semalam, Selasa, 18hb ogos, Jam 9 malam, telah berlangung nya perlawanan IIUM cup di stadium Hamzah UIA, perlawanan final diantara Asean football club vs European club. acara dihadiri Duta dari negara Guinea.

Asean Footbal club disertai oleh gabungan pelajar-pelajar UIA sendiri, kebanyakannya dari negara-negara Africa dan Malaysia. Manakala European club pula disertai gabungan pelajar UIA dari Negara Bosnia, Kosovo dan Brunei Darussalam.(Adalah tidak diketahui oleh pengarang macamana bulih kawan kitani atu terpelanting jauh ke Eropah atu.. adalah berkemungkinan besar kerana semangat persaudaraan sesama Islam yang kuat.. atau ada sebab-sebab lain, Wallahua'alam).

Kan dijadikan cerita, Minit-Minit permulaan perlawanan adalah sukar kerana padang basah (lapas jua hujan labat). Banyaklah yang tergelincir, miss kick lah, apalah.. amatlah difahami tu bros.

Asean club mula membuka kunci-deadlock- dengan menjaringkn gol pendahuluan dan seterusnya mengasak European club. -ada sumber mengatakan kepada pengarang, salah seorang pemain dari asean cup telah dilayangkan kad merah semasa perlawanan sebelumnya, akan tetapi masih bermain semasa final hanya tukar no. baju saja dengan tidak diketahui pengadil- wallahua'alam.

perlawanan bertambah ganas dan garang sehingga salah seorang dari Asean cup, Dilayang kan kad merah dan diarah untuk keluar padang kerana berlaku kasar kerana menyebabkan kecederaan pada muka pemain Euroean cup. walaupun perlawanan sedikit getir akan tetapi ia tetap diteruskan, Bermain diposisi Pertahanan kiri, Ak. Mas Nazirul berjaya mematahkan beberapa kali serangan lawan (sampai nda lagi nyanyat bisdiorang ngaga sbalahnya).

Disambung di masa kedua, sejurus sahaja Khairul anuar a.k.a Kai dimasukkan perlawanan Selajur bertukar angin, diletakkan sebagai pemain tengah dan beberapa kali menghantar pasingan yang cantik sehinnga menyebabkan kekucar -kaciran kepada pihak lawan, sekarang tiba pula sebalah Asean club diasak. selang beberapa minit, Pasukan European club menjaring kan gol penyamaan dan gol penyelamat sejurus sebelum wisel di bunyikan. kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan1-1.

Perlawanan tambahan dilangsungkan, dengan berbekalkan nasib yang banyak menyebelahi European club, dimana Asean club bermain dengan 10 orang dan mentality abis diorang mula menurun (mana nda keliling- keliling bah coach nya ani, kami mliat pun panas ati), dan mula menyalahkan satu sama lain. Cubaan demi cubaan dilakukan, asakan demi asakan, dari masa tambahan pertama hingga kedua, dan akhirnya pada minit 25, European club membuka ruang dan mengambil peluang dengan meletakkan beberapa das tendangan dan berjaya menjaringkan gol kemenangan dengan gol yang cantik (loop dari luar kotak penalti, gol keeper lamas).

Di akhir majlis European club Yang diwakili oleh gabungan pelajar-pelajar dari Kosovo, Bosnia dan juga Brunei Darussalam, ditakhta sebagai juara piala IIUM 2009, menerima habuan sebanyak Rm2000, piala dan hadiah- hadiah yang lain..

Tahniah kepada Gabungan pelajar European club (walaupun drg bnyak nda paham blog ani) dan Terima kasih kepada penuntut Brunei kerana dengan penyertaan abiskita dapat mengharumkan nama Brunei Darussalam.. dan menaikkan nama BSUIAM.
saksikan hightlight perlawanan d sini.

Sunday, August 9, 2009

Individu Kidal

Salam everyone..

Juz wnna share an interesting article about left-handed ppl..hop u guys njoy readin it..

TINGGAL di dalam dunia orang kanan memang banyak cabaran kepada individu kidal.

Mereka sering dianggap individu yang kelam kabut, kerap menimbulkan masalah dan tidak cermat atau terlalu perlahan apabila melakukan sesuatu kerja.Boleh dikatakan hampir semua individu kidal mengalami masalah ini. Inilah perkara yang perlu ditempuhi kerana mereka hidup dalam dunia yang didominasi orang menggunakan tangan kanan.


Malah sejak zaman dulu lagi individu kidal sering diketepikan, dipandang hina dan banyak kepercayaan yang menafikan hak mereka.

Kepercayaan Cina kuno mentafsirkan kiri sebagai tidak baik, tidak sopan atau tidak boleh diterima langsung. Di kalangan penduduk Norway, hasil kerja individu kidal dikelaskan sebagai ‘kerja yang tidak sempurna’ dan perkataan ‘keivhendt’ atau kiri membawa maksud salah tangan.Pada kebanyakan bahasa di Eropah, perkataan ‘kanan’ bukan saja bermakna ‘betul’ tetapi ia juga menandakan kecantikan, keadilan dan kekuasaan.

Malah mengikut sejarah, individu kanan dianggap mahir manakala individu kidal pula dilabel sebagai kelam kabut. Perkataan Latin ‘sinestra’ yang asalnya bermakna kiri juga membawa maksud ‘jahat dan tidak bernasib baik’.Dalam dunia yang moden ini pun masih ada yang beranggapan menjadi individu kidal itu kurang elok tanpa sebab munasabah.

Secara purata 85 peratus penduduk dunia adalah individu kanan dan hanya 15 peratus kidal. Kajian mendapati lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.Menulis menggunakan tangan kiri bukan petunjuk utama yang menentukan seseorang itu kidal kerana individu kidal juga boleh menulis dengan tangan kanan.

Individu kidal adalah orang yang lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam kerja seharian. Malah, tangan kiri mereka lebih cekap dan kuat berbanding tangan kanan.Apa menyebabkan seseorang itu lebih cenderung menggunakan tangan kanan atau kiri?

Kecenderungan penggunaan tangan ditentukan oleh otak. Ada banyak teori mengenai perkara ini, tetapi secara umumnya ia ditentukan oleh otak seseorang.Otak kita mengawal bahagian badan yang bertentangan; iaitu pergerakan bahagian badan belah kiri dikawal otak kanan dan sebaliknya. Kajian membuktikan, pada individu kidal, pergerakan tangan mereka lebih banyak dikawal otak kanan.Kidal bukan disebabkan keturunan walaupun ada kajian mengatakan ia ada kaitan dengan genetik.

Biasanya dalam sesebuah keluarga hanya ada seorang yang kidal. Bagaimanapun,ibu bapa kidal mempunyai kecenderungan lebih tinggi mempunyai anak kidal.Ia mungkin tiada kaitan dengan genetik, tetapi pengaruh ibu bapa yang lebih banyak menggunakan tangan kiri dalam kehidupan seharian. Pun begitu, ia bergantung juga kepada kecenderungan setiap anak untuk menjadi individu kanan atau kidal.

“Mengapa individu kidal sering dilabel sebagai kelam kabut? Mungkin ramai tidak sedar, mereka sebenarnya menghadapi masalah menggunakan peralatan yang sememangnya direka untuk kegunaan tangan kanan.“Contohnya gunting. Jika individu kidal menggunting kertas, kertas berkenaan keronyok dan guntingannya mungkin tidak sebaik menggunakan tangan kanan. Ini kerana mata pisau gunting itu diletakkan untuk kegunaan tangan kanan. Jika dipegang dengan tangan kiri, mata pisau akan terbalik dan kita tidak dapat melihat garisan yang hendak dipotong.“Individu kidal juga biasanya ada masalah apabila menulis. Bukan saja kertas, malah tangan juga menjadi comot kerana apabila menulis, tangan individu kidal terkena pada tulisan.

Masalah lebih teruk jika seseorang itu kuat berpeluh.“Malah, pandangan terhadap apa yang ditulis juga terhalang oleh tangan. Masalah ini tidak dihadapi individu kanan kerana kita menulis dari kiri ke kanan dan tangan tidak terkena pada tulisan,” katanya.Antara masalah lain yang dihadapi ialah apabila:

Menggunakan pengasah pensil (kerana kedudukan mata pisau)
Membuka pintu khususnya jika tombol pintu berbentuk tangkai
Menggunakan alat pembuka tin dan botol
Menggunakan pembaris
Garpu yang ada mata pisau (garpu kecil biasanya digunakan untuk sajian manisan)
Pisau kek (jenis lama yang ada pemotong pada belah kiri)

Bagi individu berbangsa Cina, kayu penyepit (jika makan menggunakan tangan kiri) berlaga dengan kayu penyepit orang yang duduk di sebelah kiri.“Memang ada banyak masalah lain, tetapi kami belajar untuk lebih banyak menggunakan tangan kanan dan peralatan yang kebanyakannya direka bagi kegunaan individu kanan. Ketika proses pembelajaran dan penyesuaian inilah individu kidal biasanya dianggap kelam kabut.“Kajian menunjukkan sesetengah individu kidal ada masalah disleksia (menulis huruf terbalik).

Boleh dikatakan semua individu kidal boleh menulis secara terbalik — bukan saja huruf pada arah yang salah, tetapi perkataan ditulis dari belakang. Ia dipanggil tulisan cermin kerana jika dilihat dari dalam cermin, perkataan ditulis kelihatan normal,” katanya.

Walaupun menghadapi beberapa masalah, individu kidal sebenarnya ada kelebihan apabila mereka terpaksa menggunakan tangan dalam banyak pekerjaan seharian. Malah, secara umumnya individu kidal ada kemahiran dan kecenderungan lebih tinggi dalam seni dan bahasa.

Saturday, August 8, 2009

Salam semua..

Salam semua BSUIAMians...

Usul2nya byk sudah comment2 yg d berikan utk blog ani..terima kasih..pihak publisiti akan mencuba untuk melaksanakn mana2 comment yg d rasakn bersesuaian...Mana2 yg kn mpost bulih hntar posting k email bsuiam@gmail.com.. n yg sudah author..d alu2kn mempost d blog ani

selamat berhujung minggu...

Salam..

Acara Malam Nisfu Sya'aban

Salam Bruians,

as promised here are some of the pics from the event.the event was held at Idaman Putra apartment and as Usual,the event started with sembahyang Maghrib berjemaah and then memebaca Yasin sebanyak tiga kali.This is the first time our members gathered together for this semester and hopefully more will be held.After dinner,the BSU ta'aaruf meeting was held and the new students introduced themselves,and lastly,kejadian yang tidak diduga is surprise untuk c kai,happy to those yang inda kesampaian datang acara atu,here are some of the pics:



SO hope u all enjoyed the event to those yang datang

til next tym,Salam everybody!

Thursday, August 6, 2009

BSUIAM V2.0

Salam Bruians..

Today, we have officially launched a new version of the blog for sem1 09/10.Setelah sekian lama planning,akhirnya hasrat Publisiti & Multiedia Secratariat untuk mengubah sedikit sebanyak usul blog ani tercapai..harap2 with this small facelift,blog ani dapat bertahan sampai bila2..so to all of you out there,jantah malu2 kan melawat blog ani,meriahkan lah lagi blog ani,post ideas kah apa2 and hopefuly this will majukan lagi BSU in the future.amin.
In other news,yesterday BSU held a Ta'aruf meeting diselajurkan dengan majlis Nisfu Sya'ban at Idaman Putera Apartment and more on that later tonight insyaAllah..
until then.
Salam Everybody

Sunday, August 2, 2009

Announcement for BSU gathering..

Salam buat semua plajar2 Brunei UIA...

Announcement to ol of u...Please be informed dat..we will b havin a gathering utk Nisfu Syaaban...d selajurkan dengan maghrib n isya' prayer..n BSU formal meeting...

Date : 5th August, 2009, Wednesday
Time : 5.30 p.m
Venue : Block A, 2.8 Idaman Putra Apartment

p/s : Kedatangan adalah d WAJIB kan bagi new intake ( urg baru ) dan attendance utk senior2 adalah d alu2kn dan amatlah d hargai..

Sekian, Harap Maklum....

Slamat hari kelahiran Kai...

Salam student2 Brunei yg bermastautin d UIA...hehe

Hari ani hari special lagi untuk kawan kitani,alat shari ja hb bday nya sama ani ruzana...orang nya ialah...Khairul Anuar bin Hj Mohammad....ol d best yo! Bektah mbelanja...hehehe Anyways...smoga d pnjangkn umur dan d murahi rezeqi slalu....

Assalamualaikum...


Happy Birthday



Saturday, August 1, 2009

Happy Birthday To Ani Ruzana!

Salam to every Bruians...
i hope each and every one of you is safe from any kind of diseases..anyhow,here BSU would like to wish Ani Ruzana or better known as Ka Ani a Happy birthday,i hope everything was great on your birthday.BSu ingin mendoakan semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki,Maju didalam bidang yang di ceburi dan sentiasa dilindungi Allah selalu..Amin

Anyways,enjoy the last couple hours of your special day Ani..sampat lgi celebrate ni..


Happy Birthday!