Salam Syawal utk semua!

selamat hari raya Pictures, Images and Photos

Wednesday, August 19, 2009

Ditakhta sebagai Juara



Semalam, Selasa, 18hb ogos, Jam 9 malam, telah berlangung nya perlawanan IIUM cup di stadium Hamzah UIA, perlawanan final diantara Asean football club vs European club. acara dihadiri Duta dari negara Guinea.

Asean Footbal club disertai oleh gabungan pelajar-pelajar UIA sendiri, kebanyakannya dari negara-negara Africa dan Malaysia. Manakala European club pula disertai gabungan pelajar UIA dari Negara Bosnia, Kosovo dan Brunei Darussalam.(Adalah tidak diketahui oleh pengarang macamana bulih kawan kitani atu terpelanting jauh ke Eropah atu.. adalah berkemungkinan besar kerana semangat persaudaraan sesama Islam yang kuat.. atau ada sebab-sebab lain, Wallahua'alam).

Kan dijadikan cerita, Minit-Minit permulaan perlawanan adalah sukar kerana padang basah (lapas jua hujan labat). Banyaklah yang tergelincir, miss kick lah, apalah.. amatlah difahami tu bros.

Asean club mula membuka kunci-deadlock- dengan menjaringkn gol pendahuluan dan seterusnya mengasak European club. -ada sumber mengatakan kepada pengarang, salah seorang pemain dari asean cup telah dilayangkan kad merah semasa perlawanan sebelumnya, akan tetapi masih bermain semasa final hanya tukar no. baju saja dengan tidak diketahui pengadil- wallahua'alam.

perlawanan bertambah ganas dan garang sehingga salah seorang dari Asean cup, Dilayang kan kad merah dan diarah untuk keluar padang kerana berlaku kasar kerana menyebabkan kecederaan pada muka pemain Euroean cup. walaupun perlawanan sedikit getir akan tetapi ia tetap diteruskan, Bermain diposisi Pertahanan kiri, Ak. Mas Nazirul berjaya mematahkan beberapa kali serangan lawan (sampai nda lagi nyanyat bisdiorang ngaga sbalahnya).

Disambung di masa kedua, sejurus sahaja Khairul anuar a.k.a Kai dimasukkan perlawanan Selajur bertukar angin, diletakkan sebagai pemain tengah dan beberapa kali menghantar pasingan yang cantik sehinnga menyebabkan kekucar -kaciran kepada pihak lawan, sekarang tiba pula sebalah Asean club diasak. selang beberapa minit, Pasukan European club menjaring kan gol penyamaan dan gol penyelamat sejurus sebelum wisel di bunyikan. kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan1-1.

Perlawanan tambahan dilangsungkan, dengan berbekalkan nasib yang banyak menyebelahi European club, dimana Asean club bermain dengan 10 orang dan mentality abis diorang mula menurun (mana nda keliling- keliling bah coach nya ani, kami mliat pun panas ati), dan mula menyalahkan satu sama lain. Cubaan demi cubaan dilakukan, asakan demi asakan, dari masa tambahan pertama hingga kedua, dan akhirnya pada minit 25, European club membuka ruang dan mengambil peluang dengan meletakkan beberapa das tendangan dan berjaya menjaringkan gol kemenangan dengan gol yang cantik (loop dari luar kotak penalti, gol keeper lamas).

Di akhir majlis European club Yang diwakili oleh gabungan pelajar-pelajar dari Kosovo, Bosnia dan juga Brunei Darussalam, ditakhta sebagai juara piala IIUM 2009, menerima habuan sebanyak Rm2000, piala dan hadiah- hadiah yang lain..

Tahniah kepada Gabungan pelajar European club (walaupun drg bnyak nda paham blog ani) dan Terima kasih kepada penuntut Brunei kerana dengan penyertaan abiskita dapat mengharumkan nama Brunei Darussalam.. dan menaikkan nama BSUIAM.
saksikan hightlight perlawanan d sini.

No comments:

Post a Comment