Allah saja yang maha sempurna, jelama semua cacat belaka
Seperti yang terpalak di tajuk, yatah sudah tu. Yang banarnya post anie belambak kiri…. belambak kanan sudah, macam boring ada jua pasal betempiaran sudah dimana-mana. Kalau balik-balik atu bari kan mengindik jua rasanya. Tapi tekana hari kebangsaan anie, semua yang berulang-ulang…. Di maafin.
Kalau perayaan dapat balik-balik, garai sama berarak dapat balik-balik, urang naik pangkat balik-balik (batah jua ku kan jadi pehin anie), apa salahnya post pasal anie… tani balik…… balik kan.
Balik punya balik, banyak lagi banarnya cara macamana kan kenal urang brunei anie, tapi atas sebab-sebab menunjukkan cara tersebut buleh mendatangkan tapak kaki jelama arah muka ku yang hensem…. anie tah saja yang kami paparkan, malas ku dulu kan mencium bau batis urang.
Boleh kah tani mulakan ianya?
1. Bila perkataan berikut sentiasa di ambang mulut anda…. ai ke jiwa... SERIOUS!?... SERIOUS DEHH!... SERIOUSNESS?... CHAWIE!!... mun paham bisai... YO!... whats up atau apa ada YOI!... ahakz... dan kaedah-kaedah ketawa yang sebaris dengan nya, manis/manith... dan yang paling nda ku paham, RANDOMNESS!.
Pemakaian sebahagian perkataan tersebut di blog:
“woke up late tadi, mun paham bisai alarm ah
Kejiwa ku meliat cerita korea di malam atuu, buleeeh!
Siokk yooooo, hensemmm lagi pelakon nya…. asteee
-randomness… ahakz
xoxo”
nda batah semua di randomizisation-kan nie.
2. Apabila anda memanggil kaling mesen rumput 'kaling' dan kaling di gill sport di panggil 'BOSS'.
“boss, buleh laaaa… kurang sikit wahh apakan nie, aku slalu jua datang sini sudah, $50 buleh?”
Dan alasan yang selalu di gunakan untuk menawar kaling : “kadai sebalah menjual $40 jua ko ngapa $50 anie”
Update baru: sadang-sadang menawar anie, kaling masa nie, jan tah kan di sayur, pintar2 sudah derang atu.
3. Ketika anda ingin belayar e.g Malaysia, singapura, uk… anda membawa dua buah beg, tetapi balik mengangkut empat buah beg, termasuk apabila menunaikan ibadat umrah. Apabila ditanya tentang pembawaan beg yang banyak… anda menjawap “oleh2 untuk dangsanak bah, kesian jua derang membagi usin inda di balikan barang”.
urang yang membagi usin atu minta balikan nendah rupanya, LOL!…
4. Anda hadir jemputan e.g kawin… semata-mata kerana takut kalau inda di aga urang melagau panggilan atu, nada urang kan datang jika tiba giliran anda membuat majlis.
Ikhlas ya'll.. semuanya tentang ikhlas
5. Hanya mengambil masa selama 24jam sahaja untuk satu trend merebak ke seluruh brunei seperti skooter (batahhh antap sudah nie), motosikal, dan yang paling terkini…. CAMERA.
Satu brunei sudah layak jadi paparazzi, kalau kan kawin, jantah jauh2 ngunjar tukang gambar, suruh saja jiran sebalah.
6. Anda membali nendah di semua tempat kecuali brunei.
Membali tissue pun kemiri!! haha, nadawah.
7. semasa hari raya… urang tetuha brunei selalu bibiran arah setiap tetamu yang membawa anak…“ehhh… mikin basar sudah anak-anak mu anie”. padahal sama jua maseh.
8. anda sentiasa upload gambar-gambar arah facebook seperti gambar tangan beramai, gambar kasut beramai, gambar galang beramai, gambar meluncat ramai-ramai di pantai.
ertinya? Inda ku tau apa ertinya.
9. bangun tidor.. facebook, kan tidor… facebook, pagi patang siang malam… f a c e b o o k.
10. anda sentiasa melihat astro. Tv brunei hanya akan di buka apabila anda telah hadir majlis yang bertahap Negara, dan anda ingin melihat muka anda selama 5 saat dalam berita.
11. anda percaya atau ragu-ragu.. ertinya sadikit lagi kan pecaya tentang forward email, lalu anda menguar-uarkan tentang berita bahawa qiamat akan jatuh pada tahun 2012... antah syekh mana lagi mimpi atu, baiktah menanya ia bila ku naik pehin.
Temasuk jua email yang mengandungi amaran
“send this to 10 person or something horrible will befall you in seven days”
Lalu anda pun mengantar kepada 10 urang yang andang sudah “alim”.
12. rumah anda adalah mameh, the mall, chill, coffeezone, qlap mall, sugar & spice dan rumah sebenar anda hanyalah tempat merehatkan mata atau lebih dikenali sebagai tempat transit.
13. apabila anda ingin membuat sebarang permohonan yang berkaitan dengan urusan kerajaan… anda selalu mencari “urang dalam”.
14. anda melaung-laungkan speaker kereta anda pastu melintas perlahan-lahan di tempat-tempat awam, dengan sangkaan bahawa perbuataan tersebut adalah…. Rugged. padahal inda.
15. apabila anda di jalan raya… anda dapati bahawa sebuah kereta “menyurung” atau menuntun anda dari belakang… anda senghaja perlahankan kereta, dan apabila kereta tersebut di tengah memotong... anda menuleh ke arah pemandu kereta itu, ia pun menuleh anda, lalu ia pun pacut laju.
mungkin kebenaran ciri-ciri anie buleh di persoalkan, tapi tujuan kami hanya bersuka semata.
kalau bahasa yang inda betapis nya… jan tah telampau kritikal anie, trajang karang! hehe
akhir kata… saya tinggalkan anda dengan sekarat lagu kebangsaan… (berdiri jangan inda)
a one…
a two…
a one.. a two.. a three..
neegaraaaakuuu~~~… tanah tumpahnya da~~rahku~~~~…...... opppssss!
selamat maju sukan Negara..
RANDOMNESS… AHAKZ!
nice
ReplyDelete